Saturday, August 17, 2013

AADE - PULI - ATEM



Sejenis permainan tradisional yang dimainkan oleh orang berbangsa India dipanggil ‘Aade-puli-atem' yang bermaksud ‘ Permainan Harimau dan Kambing'. Persiapan untuk permainan ini agak mudah. Alat-alat yang diperlukan ialah sekeping kertas, pena, lima belas biji saga dan tiga biji asam jawa. Manik-manik atau barangan kecil yang berbeza saiznya juga boleh digunakan. Pada waktu dahulu, kanak-kanak serta orang dewasa yang berbangsa India , melukiskan garisan-garisan bagi permainan ini di atas lantai, kaki lima , atau di mana sahaja yang sesuai. Inilah rupa garisan-garisan bagi permainan ini.

CARA ASAS BERMAIN AADE - PULI - ATEM
Cara permainan ini dimainkan hampir sama dengan permainan catur. Biji-biji saga atau manik-manik yang kecil berperanan sebagai kambing. Biji-biji asam jawa atau manik-manik yang lebih besar berperanan sebagai harimau. Permainan ini dimainkan oleh dua orang. Seorang berpihak pada harimau dan seorang lagi berpihak pada kambing. Setiap pemain akan meletakkan sebutir biji atau maniknya di mana-mana simpang yang tidak berpenghuni. Setiap pemain hanya boleh membuat satu gerakan setiap kali.
Garisan-garisan bagi permainan ‘Harimau dan Kambing'
Setelah berada di satu simpang, pemain tersebut hanya dapat bergerak ke satu simpang sekiranya tiada penghuni di simpang itu. Seekor harimau boleh melompat atas seekor kambing di garisan yang sama sekiranya simpang yang bersebelahan kambing itu kosong. Kambing tidak dibenarkan membuat sebarang lompatan. Ia hanya dapat bergerak ke simpang seterusnya yang kosong. Harimau akan menang jika semua kambing dapat ‘dimakan'. Kambing pula akan menang sekiranya semua harimau dikepung tanpa mempunyai kesempatan untuk membuat gerakan seterusnya. Walaupun permainan ini agak mudah difahami, ia mencabar minda seseorang pemain untuk menewaskan pihak lawannya.


KHO - KHO

Kho-Kho merupakan satu permainan tradisional yang popular di kalangan kaum India. Permainan yang berasal dari Maharashtra ini pada mulanya dimainkan menggunakan kereta kuda. Kebanyakan ahli sejarah India mengatakan bahawa Kho-Kho merupakan hasil pengubahsuaian daripada satu permainan 'Lari dan kejar' di mana seorang pemain akan berlari dan mengejar serta menyentuh pemain lain. Permainan kho-kho ini memerlukan kecergasan fizikal pemain serta pergerakan yang fleksibel untuk megelak peserta-peserta lain.Permainan Kho-Kho membangunkan sifat-sifat seperti ketaatan, disiplin, kesukanan, dan kesetiaan antara ahli pasukan.Peraturan permainan telah dirangka pada awal abad ke-20,di Gymkhana Poona.Satu jawatankuasa telah ditubuhkan pada tahun 1914,membentuk peraturan. Peraturan pertama pada Kho-Kho telah diterbitkan dari Gymkhana Baroda, pada tahun 1924. Pada 1959-60, negara pertama kejohanan Kho Kho telah dianjurkan di Vijayawada (Andhra Pradesh).Pihak kerajaan telah memulakan pemberian anugerah permainan Kho kho dan Arjuna Award, Anugerah Eklavya untuk lelaki, Rani Laxmi Bai mendapat anugerah wanita,Veer Abhimanyu untuk kanak-kanak lelaki di bawah umur 18 tahun, dan anugerah Janaki untuk kanak-kanak perempuan bawah 16 tahun.

CARA ASAS BERMAIN KHO - KHO
Bagi permainan kho-kho, setiap kumpulan boleh mempunyai 12 pemain. Namun,hanya 9 daripadanya akan bermain bagi satu perlawanan. Terdapat 2 giliran dalam permainan kho-kho ini. Setiap giliran diperuntukkan selama 7 minit untuk acara lari dan kejar. Bagi kumpulan pengejar (chaser), 8 pemain akan berada di tengah setiap 8 kotak yang terdapat di padang permainan. Setiap 8 peserta ini akan duduk dalam kedudukan yang bertentangan secara berselang-selang. Manakala, pemain yang kesembilan akan bertindak sebagai pengejar. Sasaran bagi setiap pengejar ialah menyentuh pemain lawan dengan menggunakan tapak tangan. Pemain lawan akan tersingkir apabila pengejar menyentuhnya dengan tapak tangan tanpa melakukan "foul", pemain lawan telah melebihi had garisan dengan sendirinya ataupun lambat sampai ke had garisan. Pengejar boleh menukar giliran mengejar dengan menyentuh ahli pasukannya yang lain sambil berkata "Kho Kho". Pemain yang disentuh kemudiannya akan menjadi pengejar dan begitulah seterusnya. Bagi setiap 2 giliran terdapat 5 minit masa rehat diberikan. Bagi permainan Kho-Kho ini, keluasan petak padang yang diperlukan ialah 27mX15m.
Kho-Kho boleh dimainkan oleh lelaki, wanita, dan kanak-kanak dari semua peringkat umur. Permainan ini dimainkan di kawasan yang lapang dan peralatan yang diperlukan adalah dua tiang. Permainan berlangsung tidak lebih daripada 37 minit.

               

JENIS - JENIS PERMAINAN TRADISIAONAL INDIA

KABADDI
Kabaddi merupakan sebuah sukan tradisional dari Asia Selatan. Nama ini berasal daripada perkataan Tamil (கை-பிடி) "kai" (tangan) dan "pidi" (tangkap) yang bermaksud "Memegang Tangan".[1] Dua pasukan menduduki bahagian yang bertentangan dengan kolam renang yang kecil atau padang. Masing-masing mengambil tempat dengan menghantar "penyerang" ke dalam bahagian pihak lawan untuk mendapatkan mata dengan menarik pasukan lawan. Kemudian, penyerang cuba untuk kembali ke bahagian pasukannya sendiri, menahan nafas dan melaungkan perkataan "Kabaddi" semasa serbuan. Penyerang tidak boleh melintasi lobi melainkan dia menyentuh pihak lawan. Jika dia tetap berbuat demikian, dia akan dianggap sebagai "terkeluar". Terdapat juga garisan bonus yang memastikan mata tambahan dapat dipungut oleh penyerang jika dia berjaya untuk menyentuhnya dan kembali semula ke tempat asal pasukannya.

CARA ASAS BERMAIN KABADDI
Satu pasukan akan menghantar penyerang kepada pasukan pihak lawan, yang mana bertujuan untuk menyentuh salah seorang daripada pemain pihak lawan sebelum patah balik kepada pasukannya.
Pemain yang telah disentuh akan terkeluar dan meninggalkan padang. Sementara itu, pihak pertahanan membentuk sebuah rantai seperti berpegangan tangan antara satu sama lain. Jika rantai itu terputus, salah seorang pemain pertahanan akan meninggalkan padang.
Sasaran pertahanan adalah untuk menghentikan penyerang balik ke pasukannya sebelum berhenti berehat. Jika penyerang berhenti sebelum sampai ke destinasi, penyerang itu akan meninggalkan padang.
Pemarkahan
Setiap pemain yang terkeluar, pihak lawan akan mendapat mata. Pasukan yang skor dua mata bonus, yang dipanggil lona, manakala semua pihak lawan akan tersingkir. Pada akhir perlawanan, pasukan yang mengumpul mata tertinggi akan menang.
Pemain - 2 pasukan (7 orang setiap pasukan)
Masa – 20 minit

         

GO




Go adalah sebuah permainan berpapan berstrategi untuk dua orang pemain. Ia dikenali sebagai Wéiqí dalam bahasa Cina (Tradisional圍棋Ringkas围棋), Igo (囲碁?) atauGo (?) dalam bahasa Jepun,dan Baduk dalam bahasa Korea (hangul바둑). DiMalaysia pula, permainan ini dikenali sebagai Go serta Weiqi. Permainan ini berasal dari China kuno, berabad sebelum rujukan terawalnya dalam tulisan-tulisan pada abad ke-5 SM. Go adalah lebih popular di Asia Timur tetapi kebelakangan ini menjadi semakin popular di seluruh pelusuk dunia. Go terkenal dengan strategi-strategi yang kompleks walaupun peraturan-peraturannya mudah.
Go dimainkan oleh dua orang pemain berganti-ganti meletakkan batu hitam dan putih di atas persilangan grid garis. Saiz piawai bagi grid ini adalah 19 × 19, walaubagaimanapun peraturan-peraturan Go boleh digunakan sebebasnya kepada mana-mana saiz: 13 × 13 dan 9 × 9 juga merupakan pilihan yang popular untuk permainan yang lebih ringkas serta lebih berorientasikan taktik disamping memperkenalkan Go kepada para pemain baru. Objektif permainan ini adalah untuk menguasai kawasan papan yang lebih besar daripada lawan. Bagi mencapai matlamat ini, setiap pemain berusaha untuk meletakkan batu-batu mereka dalam cara-cara tertentuk agar ia tidak ditangkap, sementara memetakan kawasan-kawasan yang lawan tidak dapat duduki tanpa ditangkap. Sebiji batu atau sekumpulan batu akan ditangkap dan dialihkan sekiranya ia tidak mempunyai persilangan bersebelahan yang kosong, hasil daripada dikelilingi sepenuhnya oleh batu-batu dari pihak lawan.

CARA ASAS BERMAIN GO
Go ialah permainan berpapan yang dimainkan oleh dua orang. Go juga dikenali sebagai wéiqí di dalam bahasa China. Permainan ini kaya dengan strategi yang kompleks tetapi hanya mempunyai undang-undang permainan yang mudah. Go hanya menggunakan biji-biji berwarna hitam dan putih.


MAHJONG



Mahjong atau mahjung merupakan permainan tradisional untuk empaat orang yang berasal dari China. Mahjong membabitkan kemahiran, strategi, dan pengiraan, termasuk juga satu tahap nasib. Bergatung kepada variasi yang dimainkan, nasib boleh menjad satu isu remeh atau faktor utama kejayaan. Di Asia, mahjong juga popular sebagai perjudian juga sebagai permainan komputer. Objektif permainan adalah membina set lengkap atau gabungan, biasanya bertiga, dari 13 atau 16 keping. Orang pertama mendapatkannya adalah dikira sebagai pemenang. Kepingan kemenangan melengkapkan set pemain sama ada 14 atau 17 keping.
Satu teori menyatakan bahawa pegawai tentera China yang berkhidmat semasa Pemberontakan Taiping telah mencipta permainan ini untuk mengisi masa. Teori lain menyatakan bahawa seorang bangsawan yang tinggal di kawasan Shanghai telah mencipta permainan tersebut antara tahun 1870 dan 1875. Manakala yang lain pula percaya bahawa di sekitar tahun 1850 di bandar Ningpo, dua orang bersaudara telah mencipta mahjong berdasarkan permainan Madiao. Permainan tradisional Cina ini diharamkan di negara asalnya pada tahun 1949, apabila Republik Rakyat China ditubuhkan. Kerajaan baru komunis melarang aktiviti perjudian, yang dianggap simbol kerosakan golongan kapitalis. Selepas Revolusi Kebudayaan, permainan ini dihidupkan semula, dan sekali lagi mahjong menjadi kegiatan masa lapang yang digemari orang Cina. Bagaimana pun, di Hong Kong, Macao dan tempat-tempat lain, mahjong sentiasa popular, terutamanya di kalangan penutur Kantonis.

CARA ASAS BERMAIN MAHJONG

Objektif permainan adalah membina set lengkap atau gabungan, biasanya bertiga, dari 13 atau 16 keping. Orang pertama mendapatkannya adalah dikira sebagai pemenang. Kepingan kemenangan melengkapkan set pemain sama ada 14 atau 17 keping.


JENIS - JENIS PERMAINAN TRADISIONAL CINA

CATUR CINA
Xiangqi (Bahasa Cina象棋pinyin: xiàngqí; merupakan sebuah permainan papan Cina dua orang pemain, yang berada dalam keluarga yang sama dengan catur antarabangsachaturangashogi, dan janggi. Xiangqi bentuk kini berasal dariChina, oleh itu sering digelar sebagai Catur Cina.
Xiangqi mempunyai sebuah sejarah yang panjang. Walaupun asal-usulnya tidak jelas, namun permainan ini didapati telah mula dimainkan terawalnya pada abad ke-4 Sebelum Masihi di China.
Xiangqi merupakan salah satu permainan papan yang paling popular di dunia. Ciri-ciri yang unik termasuklah pergerakan unik pao (meriam), peraturan yang melarang panglima (seperti "raja" dalam catur antarabangsa) daripada bertemu dalam garisan yang sama, serta "sungai" dan "istana" yang mengehadkan pergerakan sesetengah buah catur.



CARA ASAS BERMAIN CATUR CINA

Jiang / Shuai (Jendral) berfungsi sebagai Raja

Bidak Raja hanya bisa berjalan di dalam 4 kotak dengan garis miring yang saling bersilangan, dengan dilindungi oleh 2 penasehat

Cara menggerakannya adalah hanya bisa digerakan 1 langkah, baik itu ke kiri, kanan, atas, atau bawah, dan tidak bisa diagonal.

Shi (Penasehat)

Bidak Penasehat sama hal nya dengan bidak raja, hanya bisa berjalan di dalam lingkungan 4 kotak tersebut, dengan catatan cara menggerakannya adalah 1 langkah diagonal seprti dibawah ini

 Xiang (Gajah / Mentri)

Bidak Gajah ini pola geraknya juga mirip bidak Menteri pada catur biasa, yaitu berjalan secara diagonal. Bedanya, bidak gajah ini hanya bisa berjalan 4 kotak saja secara diagonal dan tidak boleh melewati sungai(pembatas) / tidak boleh memasuki wilayah musuh.

Ma (Kuda)

Bidak Kuda ini pola geraknya juga mirip bidak Kuda pada catur biasa, yaitu berjalan dengan langkah menyerupai huruf L. Tetapi ada perbedaan yang signifikan, yaitu bidak kuda pada xiang qi tidak bisa bergerak bila ada 1 bidak di depannya, seperti dibawah ini:

 atau bisa juga

Ju (Benteng)

Bidak Benteng ini pola geraknya sama persis dengan bidak Benteng yang ada pada catur biasa, yaitu bergerak dan membunuh musuh dengan langkah horizontal / vertikal.

Pao (Meriam)

Bidak ini paling istimewa di Xiang Qi, karena tidak ada pada catur biasa. Bidak ini digerakan menyerupai bidak benteng, yaitu bergerak dengan langkah horizontal / vertikal. Tetapi membunuh musuh dengan melompati 1 bidak lain(baik bidak kawan / lawan) dan menuju bidak target. Gerakanya seperti ini:

atau contoh skak oleh bidak meriam (kebetulan skak mati)

Ping/Zu (Prajurit)

Bidak prajurit ini cara bergeraknya adalah satu langkah ke depan. Dan ketika memasuki area musuh (setelah menyebrangi sungai), bidak prajurit ini bisa bergerak secara horizontal (ke kiri dan ke kanan). Cara membunuh sama juga dengan dengan cara bergeraknya.