Friday, August 16, 2013

PENGENALAN PERMAINAN TRADISIONAL MALAYSIA

Masyarakat berbilang kaum di Malaysia mempunyai pelbagai jenis kebudayaan daripada pelbagai keturunan. Kebudayaan ini disatukan menjadi satu kebudayaan yang unik kerana hampir setiap keturunan mempunyai adat sehingga membentuk kebudayaan masing-masing. Ini termasuklah suka bergotong-royong menjalankan kegiatan ekonomi, di mana ikatan itu terus diperkukuh dan dipererat dengan acara-acara keramaian dan juga hiburan. Lantaran resam yang demikian maka banyak permainan tradisional yang dipertandingkan.

Permainan tradisional berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang masyarakat masing-masing. Asas penting yang menjamin kesinambungan permainan tradisional pada masa lalu ialah keseragaman cara hidup nenek moyang kita. Malah sejak dari kecil lagi mereka membiasakan diri dengan keadaan yang demikian. Ada di antara permainan ini yang sekarang tidak dimainkan lagi tetapi hanya diketahui oleh ibu bapa dan datuk nenek kita sahaja. Tetapi ada juga yang masih dimainkan lagi oleh kanak-kanak sehingga hari ini. Di antara permainan itu termasuklah congkak, wau, selambut, sepak raga, gasing, kabaddi, mahjong, dan lain-lain.Permainan tradisional mampu memberi banyak kebaikan buat semua individu.Antara kebaikan tersebut ialah mampu merapatkan hubungan sesama keluarga,memberi peluang untuk mencari kenalan baharu,menjana fikiran,menyihatkan tubuh badan dan sebagainya.Oleh itu sebagai rakyat negara Malaysia yang tercinta ini kita haru mengekalkan warisan permainan tradisional yang unik ini dan melambangkan identiti Malaysia daripada ditelan zaman.

No comments:

Post a Comment